Saturday, 15 September 2012

4 Benda Manusia Jadi Tenang & Hebat

Kata IMAM MALIK, manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 benda iaitu..

1. Kenderaan Yang Pantas
2. Rumah Yang Lapang
3. Pakaian yang Cantik
4. Lampu Yang Terang

Maka ada orang bertanya kepada Imam Malik, apakah yang dimaksudkan dengan KENDERAAN yang PANTAS? 
Maka Imam Malik menjawab, 
KENDERAAN yang PANTAS bermaksud AKAL yang BIJAK.

Ada orang bertanya lagi,
Apakah yang dimaksudkan RUMAH yang LAPANG?
Maka Imam Malik menjawab,
RUMAH yang LAPANG bermaksud KESABARAN yang TINGGI.

Orang itu bertanya lagi,
Apakah yang dimaksudkan dengan PAKAIAN yang CANTIK?
Maka Imam Malik menjawab, 
PAKAIAN yang CANTIK ialah AKHLAK yang BAIK.

Akhirnya orang itu bertanya,
Apakah yang dimaksudkan LAMPU yang TERANG?
Maka Imam Malik menjawab,
LAMPU yang TERANG maknanya ILMU yang MENERANGI.

Monday, 10 September 2012

Tabah ya Ukhti wa Akhi

Bismillahirahhmanirrahim...

Mencintai seseorang,

Sangatlah menyakitkan lebih-lebih lagi jika cinta tidak berbalas
Tetapi ianya lebih INDAH untuk mencintai dan tidak pernah menemukan keberanian 
untuk memberitahu mereka apa yang kamu rasakan.

Jangan bersedih..yakinlah!

ALLAH menyimpan yang TERBAIK untukmu
Untuk kesabaran kamu,
Untuk kesalihan kamu selama menunggu,
Untuk ikhtiar dan usahamu, 
Untuk doa-doa tiada putusmu,
Untuk kebaikan-kebaikan yang kamu lakukan.

Sebab ALLAH terlalu SAYANG untuk,
Membiarkan kamu menikah dengan SEMBARANGAN orang

Yang "memburu" mu hanya kerana harta, nasab atau rupamu,
Yang mematikan potensi-potensi kebaikanmu,
Yang mungkin nantinya bahkan menganiaya kamu LAHIR & BATIN.

Semua selalu INDAH PADA WAKTUNYA... InsyaAllah!!


P/S: KALAU SEKARANG kamu sedang memperbaiki diri, insyaAllah jodohmu juga SEDANG
        MEMPERBAIKI  DIRI

       & KALAU SEKARANG kamu sedang menjaga hati, insyaAllah dia juga SEDANG
        MENJAGA HATI. (^_^)



       

Saturday, 1 September 2012

Teori Al-Khawarizmi Tentang Wanita

Assalamualaikum w.h.b,

Baru petang tadi saya selesai baca salah satu novel tulisan Norhayati Berahim yang bertajuk " Roti Canai, Salad Taco". Kalau tengok pada tajuknya memang tak best kan? Tapi best novel tu sebenarnya, bagi saya la. hehehe.. dan yang lebih menariknya, dalam novel tu saya belajar satu teori yang menarik tentang WANITA yang  ditulis oleh ilmuan islam kita yang terdahulu iaitu Al-Khawarizmi.. Jadi, saya dengan senang hatinya nak share dengan kawan-kawan teori tu, jom baca! ^_^


"Kau tahu apa jawapan Al-Khawarizmi, ahli Matematik Islam tersohor apabila ditanya tentang wanita terbaik?"  Tanya Raniah pada Zawi (atau nama sebenarnya Zawiyah).

Zawi menggelengkan kepalanya.

"Begini teorinya.." Jawab Raniah seraya mengambil kertas dan pen di atas meja wanita itu dan menulis nombor 1.

"Jika seorang perempuan itu seorang yang beragama dan solehah, dia bersamaan huruf 1"

Tekebil-kebil mata Zawi melihat nombor yang ditulis di atas kertas tersebut. Apa yang cuba disampaikan oleh Raniah? Ahh, Raniah memang ada sahaja akalnya.

"Lepas tu apa lagi"? Tanya Zawi.

"Jika dia cantik, tambahkan kosong jadi bersamaan dengan sepuluh kan?"

Raniah menulis 10 di atas kertas. Teruja pula Zawi melihat kiraan Raniah itu.

"Lepas tu?" Tanya Zawi lagi.

" Jika dia kaya, tambahkan kosong lagi. Jadi berapa sekarang?" Tanya Raniah

"Hmm..tambah kosong, jadi seratuslah." Jawab Zawi

Raniah menambah kosong dan kemudian menulis nombor 100.


"Kalau dia dari keluarga baik-baik, kaya-raya, tambah lagi 0. Sekarang jadi berapa?"

"Hmm, jadi seribulah" Jawab Zawi

Raniah mengangguk dan menambah nombor 0, maka jadilah 1000.

"Tapi jika tiada yang satu tadi, maka semuanya jadi apa?" Soal Raniah

"Mestilah kosong semuanya." Pantas sahaja Zawi memintas kata-kata Raniah.

"Jadi kesimpulannya Zawi, bagaimana bijak,kaya dan datang dari keluarga yang bagus sekalipun, jika seseorang perempuan itu bukan seorang yang beragama dan solehah, maka nilainya adalah kosong."

Zawi terkebil-kebil mendengar teori Raniah. Hatinya tersentap dan ada rasa pedih di perdu hatinya.