Wednesday, 25 April 2012

Cinta High Class

Assalamualaikum, 


Syukur alhamdulillah hari ni Allah masih berikan lagi saya kesempatan untuk menekan keyboard laptop dan menconteng untuk berkongsi ilmu yang saya perolehi dengan sahabat2 semua (bajet je blog ni ada pembaca, layan jerr..) hehehe. 

Ok, semalam saya ada baca satu artikel berkaitan CINTA dari sebuah majalah. Pada saya artikel tersebut menarik dan sedikit sebanyak telah membuka mata hati saya dengan jelas bagaimana rupanya cinta high class antara Adam dan Hawa mengikut syariat islam. Disebabkan saya dah jatuh cinta dengan artikel tersebut, so saya nak kongsi dengan sahabat2 semua! ^_^

Artikel ni (tidak sepenuhnya) saya petik dari Majalah Solusi isu no.42, karangan Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin. Selamat membaca k! =))





Jika belum menikah, cinta menjadi High Class apabila teruna dan dara saling tinggi mujadah. Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya hanya dibolehkan atas dasar urusan dan keperluan sahaja. Jika di luar batas urusan, sekatlah kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar keperluan yang benar2 perlu. 

Dalam menilai antara keperluan dan kemahuan, mintalah fatwa dari hati. Hati yang sihat dan sejahtera dapat membezakan antara kebaikan dengan dosa. Kebaikan itu ialah perasaan tenang dalam hati. Dosa itu pula adalah perasaan was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan perasaan cinta dan rindu kerana apabila telah halal perhubungan tersebut, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan.     

 Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kebajikan itu ialah suatu perkara yang membuatkan diri dan hati berasa tenang dengannya. Dosa itu pula ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak (keliru) di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan membenarkannya."

Mawar dan kumbang secara semula jadinya memang berbeza. Perbezaan ini wujud untuk saling melengkapi. Boleh jadi, kerana perbezaan itu mereka saling jatuh cinta. Begitu juga manusia. Lelaki sukakan sifat kelembutan yang ada dalam diri seorang wanita. Wanita pula mendambakan sifat kepimpinan seorang lelaki. Lelaki dan wanita saling memerlukan. Bukti saling memerlukan ini akan menjadi high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Mengapa ia dipandang high class? Itu tanda mematuhi suruhan Allah, tanda jauhi fitnah dan tanda sebuah mujahadah.  


Allahurabbi..bukan mudah kan jalan untuk mencapai cinta high class, ianya memerlukan perlukan mujahadah. Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh fitnah seperti sekarang. Zaman di mana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dianggap biasa juga zaman yang mana  ibu bapa sendiri memberi "restu" kononya mahu menjadi sporting! Tidak cukup dengan itu, masyarakat juga seolah-olah turut memberi galakan. 

"Alah..budak-budak muda bercinta keluar sana-sini biasalah tu, diorang tengah nak besar kan."

Nah, bila dah mentaliti kebanyakkan masyarakat macam tu, maka tidak pelik jika batas pergaulan antara lelaki dan perempuan semakin dipandang remeh. Benar, bukan mudah untuk kita bermujahadah demi mencapai cinta high class. Tapi, ianya TIDAK MUSTAHIL! InsyaAllah kita mampu mencapainya jika betul2 nekad untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Sesuai dengan matlamatnya iaitu "bermujahadah" yang sememangnya sukar perjalanannya, maka jalan untuk mencapainya mestilah dilakukan perlahan-lahan. Biar sedikit demi sedikit, yang penting berterusan. 

Jika sebelum ini jumpa boyfriend/girlfriend seminggu sekali, telefon tiap-tiap hari, maka buatlah perubahan. Kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Jumpa 2 minggu sekali dan telefon seminggu sekali. 

Jika dulu isi perbualannya berbaur "keintiman" yang tidak sepatutnya dibualkan, maka ubahlah, isikan perbualan dengan perkara yang baik-baik dan berfaedah seperti nasihat, bercakap tentang isu-isu semasa dan hal-hal agama. 

Jika dulu keluar berdating di tempat-tempat yang tak ramai orang dan sunyi, sekarang ubah, bertemulah di tempat yang ramai orang. Jika dulu hanya keluar berdua, maka sekarang seeloknya si gadis bawalah teman bersama. 

Lakukannya perlahan-lahan dan disertakan dengan kesabaran. Semestinya perubahan ini hendaklah sentiasa di upgrade. Cuba usahakan agar semakin lama, semakin sedikit perjumpaan dan komunikasi. Sentiasalah berdoa agar dikuatkan iman dan ditetapkan hati. Jika benar-benar lakukan perubahan ini keranaNYA, insyaAllah akan dipermudahkan jalannya. 
Teruskan perjuangan dan jangan pernah berhenti. Jika jatuh dikalahkan hawa nafsu, bangun! dan mulakan semula. ^_^        





Monday, 23 April 2012

Doa Pengasih

Bismillahirahmanirrahim...

Post saya kali ni berkenaan Doa Pengasih/ Ayat Pengasih! hik3.. Saya mula tahu tentang ayat pengasih ni bila join Institusi Kekeluargaan (sebagai aktiviti ko-kurikulum wajib saya sewaktu di semester 2). Sebelum ni kalau dengar je ayat pengasih, automatik otak saya akan fikir perkara negatif! apa lagi kalau bukan minyak pengasih, minyak dagu, nasi kangkang (termasuk jgk kan? hehe) dan sewaktu dengannya yang boleh  buat orang sayang dan kasih pada kita. Waktu ni saya langsung tak tahu bahawa dalam islam pun rupanya ada juga cara untuk buat orang kasih pada kita iaitu melalui ayat suci al-Quran! Sungguh, saya terkejut! 

Kata Ustaz, kita boleh baca ayat-ayat pengasih dari al-Quran dan tidak berdosa jika kita amalkan kerana agama tidak melarang dan jika kita amalkan, InsyaAllah hasilnya berkekalan dan berpanjangan. Berbeza pula apabila kita gunakan cara yang salah seperti minyak pengasih dan seangkatan dengannya, hasilnya tidak kekal lama dan dosa pun dapat! So, mana satu pilihan kita sebagai seorang islam? Berharap pada Allah atau jin dan syaitan? Mahukan hasil berkekalan yang berkati atau hasil sementara yang dilaknat? Fikir-fikirkan..

Ada 2 ayat yang boleh kita amalkan, iaitu:


Ayat 4 dari Surah Yusuf yang berbunyi: 
    


Maksudnya:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung ayat 39 dari Surah Taha yang berbunyi:



Maksudnya:

"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."



Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,bacalah kedua ayat ini.Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya,Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.Selain itu agar dikasihi masyarakat,bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.



AMARAN! 
Dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik. ok!


P/s: Sekarang ni saya juga sedang amalkan kedua-dua ayat ni.. hehehe. So far, nampak  la hasilnya. Sahabat2 pun boleh cuba..dengan syarat yakin pada Allah masa amalkan ayat ni, InsyaAllah dengan izinNYA hajat akan dimakbulkan ^_^








  

Kek Batik saya! ^_^

Bahan-bahannya

- 1 bungkus biskut Marie
- Setengah (1/2) buku Butter
- 1/2 cawan serbuk Koko
- 1 1/2 cawan Milo
- 1 cawan air
- 1 tin Susu pekat manis
- 2 biji Telur

Cara Membuatnya

  • Patah-patahkan biskut menjadi 4
  • Panaskan periuk (guna api sederhana) masukkan Susu pekat manis dan sebuk koko, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan Milo, juga kacau sehingga halus dan tidak berketul. Seterusnya masukkan Butter hingga ianya cair. Kemudian masukkan Telur, teuskan kacau dan akhir sekali masukkan Air dan kacau hingga larut. 
  • Padamkan api, kemudian masukkan biskut Marie yg telah dipatahkan ke dalam aduan dan gaul hingga rata.   

Nota cOmel =)

  • Gunakan CAWAN yang sama tau! supaya sukatan sama

Wednesday, 11 April 2012

Cinta & Jarak


Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :


" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"



Tuesday, 10 April 2012

Tahajjud sumber KEKUATAN!

" Solat Tahajjud" perkataan ini selalu aku dengar dari orang2 sekeliling ku dan sering aku lihat dalam atikel-atikel islamik yang kubaca dan selalunya ini lah yang aku monologkan dalam hati..

" Wahh.. besar btol pahala buat solat tahajjud, tapi.. aishh.. kena bangun malam2, susah la. Tak pe lah, muda lagi.. nak dekat tua nanti lah buat"

Nah, itulah yang selalu aku katakan pada diri. Ibadat yang aku rasa susah dibuat, tunggu dan simpan dulu buat dekat-dekat nak tua nanti! Tapi alhamdulillah Allah bukakan pintu hati, dan bermula awal bulan 3 tahun ini, aku mula melatih diri melakukan solat tahajjud.

Apa yang menyebabkan pintu hati aku terbuka untuk bertahajjud? Banyak penyebabnya dan salah satunya ialah, aku perlukan KEKUATAN. Semakin usia meningkat, hidup aku semakin mencabar dengan macam2 ujian yang begitu menguji kekuatan jiwa. Apabila semakin diuji,  semakin aku takut dengan dunia sekelilingku. Rasa tidak selamat!  Tapi syukur alhamdulillah! akhirnya ALLAH dengar doa aku, dan DIA bukakan pintu hati aku untuk bertahajjud.

Hampir sebulan aku berjaya bertahajjud. Sekali lagi alhamdulillah.. ^_^ tapi tidaklah setiap hari, dalam seminggu adalah dua atau tiga hari aku 'terskip". Sememangnya aku dapat rasakan kesannya. 
Masalah yang sebelum ini aku rasakan berat terasa kecil dan hati menjadi tenang kerana aku rasa ALLAH sentiasa bersamaku.(ini apa yang aku rasa). Di bawah, aku senaraikan beberapa kelebihan bertahajjud:

Kelebihan di dunia
1. Dipelihara oleh ALLAH S.W.T dari segala bencana
2. Tanda ketaatan akan kelihatan di wajahnya (muka berser-seri dan kelihatan bercahaya)
3.  Dicintai ALLAH dan semua manusia
4. Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandungi hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana, yakni diberi kemudahan dalam memahami agama

Kelebihan di akhirat:
1. Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur pada hari pembalasan
2. Mendapat keringanan ketika dihisab
3. Dapat menyeberangi jambatan siratul mustakim dengan sangat cepat seperti halilintar yang menyambar
4. Catatan amalannya diberikan di tangan kanan

Rasulullah s.a.w bersabda.. " Raihlah kemuliaan dengan bangun malam saat manusia lelap tidur"  

" Kekuatan itu, ada dalam tangan, yang jiwa pemiliknya, berhubung dengan Allah" - Hilal Asyraf


Oleh itu kawan2, ayuh dekatkan diri pada Allah kerana DIAlah yang menciptakan kekuatan. Salah satu cara untuk dekat padaNYA ialah dengan bertahajjud!