Baru petang tadi saya selesai baca salah satu novel tulisan Norhayati Berahim yang bertajuk " Roti Canai, Salad Taco". Kalau tengok pada tajuknya memang tak best kan? Tapi best novel tu sebenarnya, bagi saya la. hehehe.. dan yang lebih menariknya, dalam novel tu saya belajar satu teori yang menarik tentang WANITA yang ditulis oleh ilmuan islam kita yang terdahulu iaitu Al-Khawarizmi.. Jadi, saya dengan senang hatinya nak share dengan kawan-kawan teori tu, jom baca! ^_^
"Kau tahu apa jawapan Al-Khawarizmi, ahli Matematik Islam tersohor apabila ditanya tentang wanita terbaik?" Tanya Raniah pada Zawi (atau nama sebenarnya Zawiyah).
Zawi menggelengkan kepalanya.
"Begini teorinya.." Jawab Raniah seraya mengambil kertas dan pen di atas meja wanita itu dan menulis nombor 1.
"Jika seorang perempuan itu seorang yang beragama dan solehah, dia bersamaan huruf 1"
Tekebil-kebil mata Zawi melihat nombor yang ditulis di atas kertas tersebut. Apa yang cuba disampaikan oleh Raniah? Ahh, Raniah memang ada sahaja akalnya.
"Lepas tu apa lagi"? Tanya Zawi.
"Jika dia cantik, tambahkan kosong jadi bersamaan dengan sepuluh kan?"
Raniah menulis 10 di atas kertas. Teruja pula Zawi melihat kiraan Raniah itu.
"Lepas tu?" Tanya Zawi lagi.
" Jika dia kaya, tambahkan kosong lagi. Jadi berapa sekarang?" Tanya Raniah
"Hmm..tambah kosong, jadi seratuslah." Jawab Zawi
Raniah menambah kosong dan kemudian menulis nombor 100.

"Kalau dia dari keluarga baik-baik, kaya-raya, tambah lagi 0. Sekarang jadi berapa?"
"Hmm, jadi seribulah" Jawab Zawi
Raniah mengangguk dan menambah nombor 0, maka jadilah 1000.
"Tapi jika tiada yang satu tadi, maka semuanya jadi apa?" Soal Raniah
"Mestilah kosong semuanya." Pantas sahaja Zawi memintas kata-kata Raniah.
"Jadi kesimpulannya Zawi, bagaimana bijak,kaya dan datang dari keluarga yang bagus sekalipun, jika seseorang perempuan itu bukan seorang yang beragama dan solehah, maka nilainya adalah kosong."
Zawi terkebil-kebil mendengar teori Raniah. Hatinya tersentap dan ada rasa pedih di perdu hatinya.
No comments:
Post a Comment