Syukur alhamdulillah hari ni Allah masih berikan lagi saya kesempatan untuk menekan keyboard laptop dan menconteng untuk berkongsi ilmu yang saya perolehi dengan sahabat2 semua (bajet je blog ni ada pembaca, layan jerr..) hehehe.
Ok, semalam saya ada baca satu artikel berkaitan CINTA dari sebuah majalah. Pada saya artikel tersebut menarik dan sedikit sebanyak telah membuka mata hati saya dengan jelas bagaimana rupanya cinta high class antara Adam dan Hawa mengikut syariat islam. Disebabkan saya dah jatuh cinta dengan artikel tersebut, so saya nak kongsi dengan sahabat2 semua! ^_^
Artikel ni (tidak sepenuhnya) saya petik dari Majalah Solusi isu no.42, karangan Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin. Selamat membaca k! =))
Jika belum menikah, cinta menjadi High Class apabila teruna dan dara saling tinggi mujadah. Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya hanya dibolehkan atas dasar urusan dan keperluan sahaja. Jika di luar batas urusan, sekatlah kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar keperluan yang benar2 perlu.
Dalam menilai antara keperluan dan kemahuan, mintalah fatwa dari hati. Hati yang sihat dan sejahtera dapat membezakan antara kebaikan dengan dosa. Kebaikan itu ialah perasaan tenang dalam hati. Dosa itu pula adalah perasaan was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan perasaan cinta dan rindu kerana apabila telah halal perhubungan tersebut, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kebajikan itu ialah suatu perkara yang membuatkan diri dan hati berasa tenang dengannya. Dosa itu pula ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak (keliru) di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan membenarkannya."
Mawar dan kumbang secara semula jadinya memang berbeza. Perbezaan ini wujud untuk saling melengkapi. Boleh jadi, kerana perbezaan itu mereka saling jatuh cinta. Begitu juga manusia. Lelaki sukakan sifat kelembutan yang ada dalam diri seorang wanita. Wanita pula mendambakan sifat kepimpinan seorang lelaki. Lelaki dan wanita saling memerlukan. Bukti saling memerlukan ini akan menjadi high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Mengapa ia dipandang high class? Itu tanda mematuhi suruhan Allah, tanda jauhi fitnah dan tanda sebuah mujahadah.
Allahurabbi..bukan mudah kan jalan untuk mencapai cinta high class, ianya memerlukan perlukan mujahadah. Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh fitnah seperti sekarang. Zaman di mana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dianggap biasa juga zaman yang mana ibu bapa sendiri memberi "restu" kononya mahu menjadi sporting! Tidak cukup dengan itu, masyarakat juga seolah-olah turut memberi galakan.
"Alah..budak-budak muda bercinta keluar sana-sini biasalah tu, diorang tengah nak besar kan."
Nah, bila dah mentaliti kebanyakkan masyarakat macam tu, maka tidak pelik jika batas pergaulan antara lelaki dan perempuan semakin dipandang remeh. Benar, bukan mudah untuk kita bermujahadah demi mencapai cinta high class. Tapi, ianya TIDAK MUSTAHIL! InsyaAllah kita mampu mencapainya jika betul2 nekad untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Sesuai dengan matlamatnya iaitu "bermujahadah" yang sememangnya sukar perjalanannya, maka jalan untuk mencapainya mestilah dilakukan perlahan-lahan. Biar sedikit demi sedikit, yang penting berterusan.
Jika sebelum ini jumpa boyfriend/girlfriend seminggu sekali, telefon tiap-tiap hari, maka buatlah perubahan. Kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Jumpa 2 minggu sekali dan telefon seminggu sekali.
Jika dulu isi perbualannya berbaur "keintiman" yang tidak sepatutnya dibualkan, maka ubahlah, isikan perbualan dengan perkara yang baik-baik dan berfaedah seperti nasihat, bercakap tentang isu-isu semasa dan hal-hal agama.
Jika dulu keluar berdating di tempat-tempat yang tak ramai orang dan sunyi, sekarang ubah, bertemulah di tempat yang ramai orang. Jika dulu hanya keluar berdua, maka sekarang seeloknya si gadis bawalah teman bersama.
Lakukannya perlahan-lahan dan disertakan dengan kesabaran. Semestinya perubahan ini hendaklah sentiasa di upgrade. Cuba usahakan agar semakin lama, semakin sedikit perjumpaan dan komunikasi. Sentiasalah berdoa agar dikuatkan iman dan ditetapkan hati. Jika benar-benar lakukan perubahan ini keranaNYA, insyaAllah akan dipermudahkan jalannya.
Teruskan perjuangan dan jangan pernah berhenti. Jika jatuh dikalahkan hawa nafsu, bangun! dan mulakan semula. ^_^

No comments:
Post a Comment