" Solat Tahajjud" perkataan ini selalu aku dengar dari orang2 sekeliling ku dan sering aku lihat dalam atikel-atikel islamik yang kubaca dan selalunya ini lah yang aku monologkan dalam hati..
" Wahh.. besar btol pahala buat solat tahajjud, tapi.. aishh.. kena bangun malam2, susah la. Tak pe lah, muda lagi.. nak dekat tua nanti lah buat"
Nah, itulah yang selalu aku katakan pada diri. Ibadat yang aku rasa susah dibuat, tunggu dan simpan dulu buat dekat-dekat nak tua nanti! Tapi alhamdulillah Allah bukakan pintu hati, dan bermula awal bulan 3 tahun ini, aku mula melatih diri melakukan solat tahajjud.
Apa yang menyebabkan pintu hati aku terbuka untuk bertahajjud? Banyak penyebabnya dan salah satunya ialah, aku perlukan KEKUATAN. Semakin usia meningkat, hidup aku semakin mencabar dengan macam2 ujian yang begitu menguji kekuatan jiwa. Apabila semakin diuji, semakin aku takut dengan dunia sekelilingku. Rasa tidak selamat! Tapi syukur alhamdulillah! akhirnya ALLAH dengar doa aku, dan DIA bukakan pintu hati aku untuk bertahajjud.
Hampir sebulan aku berjaya bertahajjud. Sekali lagi alhamdulillah.. ^_^ tapi tidaklah setiap hari, dalam seminggu adalah dua atau tiga hari aku 'terskip". Sememangnya aku dapat rasakan kesannya.
Masalah yang sebelum ini aku rasakan berat terasa kecil dan hati menjadi tenang kerana aku rasa ALLAH sentiasa bersamaku.(ini apa yang aku rasa). Di bawah, aku senaraikan beberapa kelebihan bertahajjud:
Kelebihan di dunia:
1. Dipelihara oleh ALLAH S.W.T dari segala bencana
2. Tanda ketaatan akan kelihatan di wajahnya (muka berser-seri dan kelihatan bercahaya)
3. Dicintai ALLAH dan semua manusia
4. Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandungi hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana, yakni diberi kemudahan dalam memahami agama
Kelebihan di akhirat:
1. Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur pada hari pembalasan
2. Mendapat keringanan ketika dihisab
3. Dapat menyeberangi jambatan siratul mustakim dengan sangat cepat seperti halilintar yang menyambar
4. Catatan amalannya diberikan di tangan kanan
Rasulullah s.a.w bersabda.. " Raihlah kemuliaan dengan bangun malam saat manusia lelap tidur"
" Kekuatan itu, ada dalam tangan, yang jiwa pemiliknya, berhubung dengan Allah" - Hilal Asyraf
Oleh itu kawan2, ayuh dekatkan diri pada Allah kerana DIAlah yang menciptakan kekuatan. Salah satu cara untuk dekat padaNYA ialah dengan bertahajjud!
Oleh itu kawan2, ayuh dekatkan diri pada Allah kerana DIAlah yang menciptakan kekuatan. Salah satu cara untuk dekat padaNYA ialah dengan bertahajjud!
No comments:
Post a Comment