Friday, 15 June 2012

Moga ALLAH permudahkan urusan!

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua,

Sudah lama blog ini tidak di"update" hu2 maklumlah bila semakin dekat ke final exam, makin sikit masa untuk asah bakat menulis. Tulisan saya kali ni, ingin saya kongsikan sepotong doa untuk diamalkan supaya Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah, doa ini antara doa yang saya selalu amalkan ^_^

Macam mana saya boleh terdetik untuk amalkan doa ni? Ada kisah disebaliknya..Sebulan sebelum final exam untuk semester ni betul-betul menguji saya. Semua assignment, test, quiz & presentation perlu disiapkan dalam masa terdekat. Yang paling bestnya, 3 assignment perlu disiapkan dalam masa seminggu! macam mana tu kawan2? pernahkah anda merasainya? hehe bukan itu saja, pada minggu yang sama tu juga 2,3 test & quiz perlu saya hadapi.Mana satu saya nak fokus? sebetulnya saya tak boleh fokus. Masa buat assignment, pikirkan test. " habisla aku test pn mggu depan jgk ni, masuk banyak chapter pulak tu." ok, bila terfikir pasal test, saya tutup laptop, buka buku. Kononnya nak study, tapi masa baca buku, teringat pulak kat assignment berlambak yang xsiap2 lagi tu! huhu.. mental sekejap. Stressnya hanya Allah yang tahu.

Jadi, dipendekkan cerita.. saya pun bukalah Mr. Google dan cari doa yang boleh saya amalkan supaya Allah permudahkan urusan untuk siapkan semua kerja2 tu.. Cari punya cari, akhirnya Allah temukan saya dengan doa ni dan saya amalkan. Hasilnya, Alhamdulilah saya dapat rasakan urusan saya untuk siapkan semua assignment, presentation, test & quiz tu Allah permudahkan!

     



Maksudnya: " Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang engkau jadikan mudah dan apabila engkau berkehendak, engkau akan jadikan kesusahan menjadi kemudahan"

P/S: Allah mahakuasa melakukan apa sahaja. Dia mampu menjadikan segala kemudahan menjadi sesuatu yang sulit, juga sesuatu yang sulit menjadi menjadi mudah. Tidak ada yang susah dan mustahil baginya kerana  Dia mahakuasa atas segalanya. Oleh itu, ketika menghadapi kesulitan dan cubaan hidup, kita tidak boleh berputus asa. Masih ada Allah yang boleh kita minta pertolongan! Renung-renungkan.. dan selamat beramal! (^_^)
               

No comments:

Post a Comment